Rabu, 14 September 2011

Rahsia Memikat Lelaki

Tidak mustahil untuk seorang wanita memikat lelaki yang dia suka. Sekarang, dunia sudah maju dan jika anda mengambil keputusan tunggu dan lihat sahaja, pasti lelaki yang anda suka itu akan dimiliki orang lain. Tidak susah sebenarnya untuk mengorat lelaki kerana mereka tiada pilihan.
Walaupun lelaki itu liar dan bersikap playboy, akhirnya dia akan jatuh cinta pada wanita yang ikhlas mencintainya. Berbeza dari wanita, walaupun ada lelaki ikhlas mencintainya, dia bebas menolak dan memilih lelaki yang dia suka untuk di jadikan pasangan hidup.
Langkah pertama untuk memikat lelaki yang anda suka adalah buka peluang pada dia untuk mencintai diri anda. Untuk itu, anda perlulah sentiasa senyum dan goda dia untuk hampiri anda. Namun, lelaki tidak suka jika anda selalu senyum dan buka peluang kepada ramai lelaki, mereka akan lebih suka pada anda jika anda hanya senyum dan menggoda dirinya.
Apabila dia perasan segala senyuman dan godaan itu adalah untuk dirinya, dia akan mula hampiri diri anda. Apabila dia hampiri diri anda, apakah tindakan terbaik yang boleh anda lakukan? Tindakan terbaik yang boleh anda lakukan adalah mengambil dia sebagai kawan dahulu.
Semasa berkawan, anda kenal dahulu isi hatinya dan beri peluang pada dia untuk kenal isi hati anda. Apabila anda berdua sudah mula rasa sayang antara satu sama lain, anda beri dia isyarat untuk ke peringkat seterusnya iaitu bercinta dan mungkin berkahwin.
Sebagai wanita, anda boleh tutup peluang lelaki yang anda tidak suka dan buka peluang pada lelaki yang anda suka. Gunakan kuasa memilih ini sepenuhnya.

0 komentar:

Posting Komentar

ARSIP

Disini Kode HTML Content Widget YANG INGIN SOBAT TAMPILKAN PADA TAB 3

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites